PUSPANITA BERA SUMBANG BAKUL MAKANAN
PUSPANITA BERA SUMBANG BAKUL MAKANAN
BERA: Kelab Kebajikan PUSPANITA Daerah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pihak pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat sini.
Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Kelab Kebajikan PUSPANITA Bera, Marsida Muhammad.
Marsida berkata, bakul makanan itu adalah sebahagian program tangga sosial korporat (CSR) kelab berkenaan bagi membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19.
MARSIDA MMUHAMMAD (2 DARI KANAN) MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN RUMAH KEBAJIKAN WARGA EMAS SANG RIANG
“Ini adalah tanda prihatin kami kepada golongan memerlukan dan diharapkan sumbangan bakul makanan yang disampaikan hari ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan mereka,” katanya.
Sumbangan bakul makanan itu diterima Pengerusi Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Yap Yoke Moey.
Turut hadir Setiausaha PUSPANITA Daerah, Rashidah Ramli dan AJK PUSPANITA Bera, Norsuaida Jamaludin.
Sementara itu, Yoke Moey merakamkan ucapan penghargaan kepada PUSPANITA Bera kerana sentiasa peka dengan cabaran dihadapi pihak pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang sejak negara dilanda pandemik COVID-19.