PPS SUNGAI ULAR PATUH SOP
SENTIASA LAKUKAN UJIAN SARINGAN SUHU DAN PAKAI CECAIR PEMBASMI KUMAN
KUANTAN: Dewan Orang Ramai Sungai Ular, Kuantan, Pahang yang menempatkan 25 orang penduduk terjejas banjir, terkawal dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, lima keluarga dari Kampung Sungai Bujuk Darat telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Kilat itu, sejak kelmarin.
Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali
Beliau berkata, kesemua penduduk terjejas banjir dan barisan hadapan di pusat pemindahan itu diwajibkan melakukan ujian saringan suhu dan sentiasa memakai cecair pembasmi kuman.
“Pihak kesihatan sentiasa membuat ujian saringan kepada penduduk terjejas dan mengeaisngkan mereka sekiranya bergejala.
“Alhamdulillah ia berjalan dengan baik dan keadaan mangsa sihat, tidak ada seorang pun daripada mereka berkemungkinan dijangkiti COVID-19,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Sungai Ular, Shamshul Azlin Abdul Wahid berkata, paras air sungai di empat buah rumah penduduk tersebut semakin naik berbanding semalam.
laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang memaklumkam,paras air di rumah penduduk terjejas semakin naik, dan arus semakin deras berikutan keadaan hujan tanpa henti.
“ Mengikut kepada laporan yang diberi oleh pihak bomba, pada hari ini air semakin naik berbanding semalam, dan arus pun dah semakin deras berbanding yang semalam sebab malam semalam sehingga hari ini hujan tanpa henti.
“Jika semalam, paras air di rumah mereka paras pinggang, namun pada hari ini paras air meningkat melebihi paras pinggang,” katanya.
Tengku Arif Bendahara dan Tengku Panglima Muda ketika di Dewan Orang Ramai Sungai Ular
Anakanda-anakanda Yang di-Pertuan Agong , Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut berkenan mencemar duli melawat penduduk terjejas banjir di dewan orang ramai berkenaan.
Baginda berdua turut menemu bual penduduk terjejas dan bertanya khabar mereka.