PULANGKAN SEMULA KOMPONEN KAPAL
PULANGKAN SEMULA KOMPONEN KAPAL: TINDAKAN PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MEMALUKAN
KUALA LIPIS : Penduduk yang mengambil komponen kapal lama yang ditemui terdampar di tepi sungai berdekatan jambatan gantung Sungai Kampung Pagar Penjom diminta menyerahkannya kembali kepada pihak berwajib.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil temu bual dengan penduduk mendapati terdapat sekumpulan penduduk kampung mengambil komponen kapal lama berkenaan.
SEBAHAGIAN KAPAL DIPERCAYAI BERUSIA KIRA-KIRA 400 TAHUN YANG DITEMUI DI SUNGAI LIPIS, DEKAT PENJOM/GAMBAR IHSAN FACEBOOK AZMI NASIR
Kapal lama yang ditemui terdampar di Sungai Kampung Pagar Penjom, Lipis didapati hilang dan pihak polis meminta mereka yang mengambil komponen kapal tersebut agar dapat memulangkannya semula.
Berdasarkan carian melalui Wikipedia, syarikat Vivia & Son Sheating mula beroperasi sekitar tahun 1803.
“Saya ingin menasihati orang awam agar tidak mengambil komponen atau sebahagian daripada harta tersebut untuk dijadikan bahan simpanan atau koleksi.
“Kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun,” katanya yang turut meninjau lokasi tempat kapal berkenaan ditemui, hari ini.
Turut sama, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.