PU RIZ RISIK NEELOFA
MAJLIS MERISIK DIKATAKAN BERLANGSUNG PETANG TADI
KUALA LUMPUR: Keluarga selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz petang tadi.
Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi merisik Neelofa.
Majlis diadakan sederhana itu dihadiri keluarga terdekat pasangan berkenaan.
Sumber keluarga pasangan itu memaklumkan, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda disunting.
Neelofa Mohd Noor
Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri penghujung Mac 2021.
Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan menunaikan solat Asar diimamkan PU Riz.
Muhammad Haris Mohd Ismail
Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz menentukan perancangan perkahwinan mereka, termasuk jumlah hantaran.
Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.