PRU15- Kukuh jentera BN pastikan kemenangan besar di Lipis
PRU15- Kukuh jentera BN pastikan kemenangan besar di Lipis.
Foto atas : Ho Fong Mee atau lebih dikenali sebagai Abang Mee (tengah). Turut hadir, Abdul Rahman di Majlis Ramah Mesra di Kampung Kuala Kechau, Lipis.
LIPIS – Datuk Seri Abdul Rahman mahu memperkukuhkan jentera parti bagi menentukan kemenangan semua calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka, Padang Tengku dan Benta termasuk parlimen berada dalam tangan Barisan Nasional (BN).
“Kestabilan politik penentu kepada semua perkara yang melibatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di daerah Lipis dan negara, kita perlu bersyukur apa yang telah diperolehi.
“Elakkan segala prasangkadan tohmahan kepada BN yang dibawa oleh pihak lain kerana mereka hadir ketika pilihan raya umum sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian, di lokasi pertama dalam Siri Kempennya ialah di Kampung Kuala Kechau, dalam DUN Cheka, malam tadi.
Beliau yang juga calon dan penyandang Parlimen Lipis (P079), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memulakan kempennya selepas melalui proses penamaan calon yang diadakan pagi semalam.
Calon Cheka (N04), Ho Fong Mee atau lebih dikenali sebagai Abang Mee dan isterinya Cikgu Yap turut hadir di majlis itu.
Kata Abdul Rahman, Ho Fong Mee adalah anak tempatan dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford serta ayahnya pernah bersekolah bersamanya.
“Bapanya, Tek Ki, merupakan peniaga kedai kain menjual pakaian sekolah anak-anak tempatan bermula awal tahun 70an sehingga tahun 90an.
“Sentiasa bersama saya sejak penglibatan awal dalam politik lagi dan kini beliau merupakan Ketua MCA Bahagian Lipis,” katanya di majlis itu.
Abdul Rahman turut berterima kasih warga Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kuala Kechau dan semua jentera parti kerana luangkan masa sesi ramah mesra tersebut.-SAHIH.