Harga Runtuh Bellanies, Zumba & Tawaran Emas! Promosi Besar-Besaran di Kuantan & Temerloh
Harga Runtuh Bellanies, Zumba & Tawaran Emas! Promosi Besar-Besaran di Kuantan & Temerloh
KUANTAN – Bellanies Skin Care bakal menggegarkan Kuantan dan Temerloh menerusi program promosi besar-besaran yang menawarkan harga runtuh, aktiviti Zumba, demo produk, uji rasa percuma serta tawaran emas untuk stokis terpilih, bermula esok.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab, berkata program pertama akan berlangsung pada 7 Februari di Dewan Makmur Ah Rahman, Perumahan Kastam Kuantan, dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Menurutnya, program itu bukan sahaja menampilkan promosi produk, malah turut diserikan dengan aktiviti Zumba, pembukaan pendaftaran stokis dan ejen serta pelbagai tawaran eksklusif yang hanya diberikan kepada peserta yang hadir.
“Sepanjang program ini, Bellanies akan menawarkan promosi istimewa bagi produk utama termasuk Bellanies Skin Care 5 in 1, Kopi Yuyus Bellanies dan Jus Sukma Dara, selain beberapa produk lain.
“Kami juga menyediakan uji rasa percuma untuk Jus Sukma Dara dan Kopi Yuyus, selain demo skrub percuma kepada pengunjung,” katanya.
Rosyatina berkata, promosi dan pendaftaran stokis di Kuantan adalah untuk sehari sahaja, menjadikannya peluang keemasan untuk orang ramai mendapatkan produk pada harga terbaik serta mendaftar sebagai stokis atau ejen.
Beliau berkata, program seterusnya akan diadakan pada 10 Februari di Hotel Apsara, Temerloh (Cafe Kesuma), yang turut menawarkan promosi harga runtuh bagi beberapa produk Bellanies.

Mengulas mengenai pendaftaran stokis, Rosyatina berkata pihak syarikat turut menawarkan insentif gold bar atau emas 916 kepada stokis terpilih, bergantung kepada pakej dan jumlah stok yang didaftarkan.
“Berat emas adalah bergantung kepada pakej, dengan dua kategori utama iaitu lima karton dan 10 karton.
“Sasaran syarikat adalah untuk membantu stokis mencapai prestasi jualan dalam tempoh sebulan. Stokis yang mencapai sasaran juga berpeluang menerima ganjaran tambahan termasuk pakej percutian,” katanya.
Selain itu, beliau berkata pihak syarikat menggalakkan stokis dan ejen untuk aktif membuat promosi melalui live, jualan bergerak, booth serta penyertaan acara bagi meningkatkan jualan dan pendedahan produk.
Menurutnya, Bellanies turut mengekalkan harga produk yang stabil untuk tempoh setahun, selain menawarkan jaminan wang dikembalikan sekiranya pengguna tidak serasi dengan produk.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi, pendaftaran stokis atau ejen boleh menghubungi 019-932 4947. – SAHIH
