PRN MELAKA CADANG WAKTU UNDIAN
PRN MELAKA CADANG WAKTU UNDIAN
MELAKA- Suruhanjaya pilihan raya (spr) akan memperkenalkan cadangan masa pengundian pada pilihan raya negeri (prn) melaka bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat mengundi .
Pengerusinya , datuk abdul ghani salleh berkata , masa pengundian itu akan dipasarkan menerusi sistem aplikasi spr sama seperti mysejahtera.
datuk abdul ghani salleh / pengerusi spr
Rundingan itu kerana waktu pengundian yang agak panjang bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.
Kalau boleh waktu pagi untuk warga emas manakala pengundi muda pada sebelah petang.
Selain itu , prosedur operasi standard (sop) seperti pemakaian pelitup muka , vaksinasi dan penjarakan sosial di pusat mengundi memang ketat dan tiada sebarang tolak ansur.
Sementara itu, mengenai penglibatan jentera parti dari luar melaka, abdul ghani berkata , agak sukar untuk melarang individu masuk ke negeri ini, memandang kan melaka merupakan negeri pelancongan dan sentiasa dikunjungi orang ramai.
Jelasnya , pintu sempadan negeri baru sahaja dibuka dan melaka juga bakal memasuki fasa 4 pelan pemulihan negara (ppn).
Secara umumnya kita nak kawal agak sukar sebab melaka ni negeri bersejarah negeri yg di sayangi para pelancong jadi mereka yg datang ini bukan untuk berkempen tetapi utk berehat.
SAHIH .