PRN Melaka 20 november depan
PRN Melaka 20 november depan
MELAKA- Suruhanjaya pilihan raya malaysia (spr) menetapkan pilihan raya negeri (prn) melaka ke 15 diadakan pada 20 november depan .
Pengerusi spr, datuk abdul ghani salleh berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 8 november, manakala hari mengundi awal pada 16 november depan.
Datuk abdul ghani berkata tempoh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisyitiharan calon-calon yang bertanding pada 8 november sehingga pukul 11.59 malam 19 november.
datuk abdul ghani salleh / pengerusi spr
Spr juga menohon kerjasama semua pihak temrasuk piham media dan parti-parti politik agar turut mengambil langkah untuk menyeru dan menggalakkan pengundi supaya keluar mengundi
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat prn melaka di melaka pada isnin.
Dalam pada itu, spr kata abdul ghani menyasarkan 70 peratus pengundi yang akan keluar mengundi pada hari berkenaan .
Spr juga me lantik 12,290 petugas yang akan di lantik bagi mengedalikan proses prn melaka manalaka sebanyak 217 buat pusat mengundi biasa yang mengandungi 1,109 saluran mengundi.
Malah spr turut menempatkan 31 pusat mengund i awal bagi 47 saluran mengundi awal.
Jumlah peruntukan untuk mengadakan prn negeri ini adalah sejumlah rm46 juta .
Dewan undangan negeri (dun) melaka dibubarkan pada 4 oktober lalu selepas yang dipertua negeri tun mohd ali rustam bersetuju membuat keputusan itu.
Ini selepas ketua menteri datuk seri sulaiman md ali menguruskan surat pembubaran kepada mohd ali.
Ia susulan empat bekas ahli dewan undangan negeri i (adun) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Empat bekas adun itu adalah adun sungai udang , datuk seri idris haron, adun pantai kundor , datuk nor azman hassan, adun pengkalan batu , datuk norhizam hassan baktee dan adun telok mas , datuk noor effandi ahmad.-SAHIH.