PRESIDEN GERAKAN MINTA MAAF
PRESIDEN GERAKAN MINTA MAAF
KUALA LUMPUR: Presiden GERAKAN Dominic Lau meminta maaf kerana berkongsi satu artikel berita palsu semasa ucapan dasarnya di persidangan perwakilan nasional tahunan parti itu hari ini.
Artikel berkenaan memetik veteran DAP Lim Kit Siang sebagai berkata, Saya tidak pernah kata Najib korup.
Kata Lau kepada pemberita di ibu pejabat GERAKAN di Kuala Lumpur, dia hanya mendapat tahu mengenai perkara itu selepas Najib Razak mengulas mengenainya di Facebook.
GAMBAR HIASAN
“Saya minta maaf atas kesilapan yang saya lakukan,” katanya, lapor Malaysiakini.
Lau berkata kesilapannya itu menjadi bukti perlunya undang-undang untuk membendung berita palsu.
“Sebagai ahli politik, kadang kala kita tak dapat bezakan mana berita palsu atau mana berita betul.
“Saya rasa (ini menunjukkan) keperluan untuk meluluskan satu undang-undang antiberita palsu, supaya kita akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Kadang kala kita buat kesilapan,” katanya.
Artikel yang ditunjukkan Lau hari ini merupakan versi yang telah disunting daripada laporan Sin Chew Daily pada tahun 2019 yang bertajuk: Saya tak pernah kata Dr Mahathir Mohamad korup.
Menurut Lau, dia menerima versi palsu artikel itu menerusi WhatsApp.
GAMBAR HIASAN
“Saya baca Sin Chew setiap hari. Jadi ia nampak sama. Tak terlintas di fikiran saya ia (berita) palsu.
“Sekarang kita dah tahu ia palsu, saya minta maaf,” katanya.
Lau juga berkata dia akan memberi kerjasama sekiranya ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.