PPS RAUB SELESAI DISANITASI
PPS RAUB SELESAI DISANITASI
RAUB: Kesemua lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Raub yang telah ditutup semalam, telah selesai disanitasikan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Antara PPS yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai, Masjid Kampung Kuala Semantan dan Dewan Serbaguna Kampung Pia.
Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, JBPM perlu melakukan sanitasi sebelum PPS dibuka dan selepas
ditutup.
Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM Pahang) Shahrulnizam Nasir
Semalam, kesemua 145 penduduk daripada 49 buah keluarga terjejas telah pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan air banjir yang kembali surut.
Bagaimanapun, ketika pembersihan di rumah, penduduk masing-masing perlu membersih dan sanitasi rumah mereka dengan pemantauan pihak bomba.
“Semua rumah-rumah yang dinaiki air telah surut dan dan air telah kembali pulih dan org kampung atau penduduk yang telah dipindahkan tu telah pulang ke rumah masing-masing… mereka telah menjalankan pembersihan dan membersihkan rumah-rumah mereka,” katanya.
ANGGOTA BOMBA MELAKUKAN OPERASI SANITASI DI PPS DAERAH RAUB
Sementara menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lapan sungai utama di daerah Lipis seperti di Kuala Medang dan Bukit Betong telah pun berada pada paras normal dan hanya sedikit taburan hujan direkodkan.