PPS Felda Gelanggi ditutup, penduduk di kawasan rendah perlu siap sedia gelombang kedua
Foto atas : Penyelaras DUn Pulau tawar, Haris Salleh Hamzah menyampaikan sumbangan kepada penduduk Fleda Gelanggi yang terjejas.
PPS Felda Gelanggi ditutup, penduduk di kawasan rendah perlu siap sedia gelombang kedua
JERANTUT – Pusat Pemindahan Smentara (PPS) Felda Gelanggi Satu ditutup hari ini setelah dibuka semalam.
Ketua Peneroka Felda tersebut, Abd Rahaman Gani berkata, PPS tersebut ditutup pada jam 11.00 pagi tadi.
“Semua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing kerana air telah surut sepenuhnya.
“Namun, keadaan masih tidak menentu dan hujan lebat diberitakan turun di kawasan Ulu Tembeling dan mendatangkan kesan paras air Sungai Siam akan meningkat,”katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, keadaan cuaca ketika ini tidak menentu dan gelombang kedua bakal berlaku.
“Keadaan hujan sekejap-sekejap masih turun lagi, banjir boleh berlaku dan diharapkan penduduk di Felda gelanggi Satu terutama di kawasan rendah sentiasa Bersiap sedia,” katanya.-SAHIH.