POLIS SITA 17 MOTOSIKAL UBAH SUAI EKZOS
POLIS SITA 17 MOTOSIKAL UBAH SUAI EKZOS
SHAH ALAM : Polis menyita 17 motorsikal dalam Operasi Khas Bersepadu kesalahan bunyi bising di KM2.5 Lebuhraya GCE arah ke Shah Alam, atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai ekzos.
Dalam operasi bermula jam 9 pagi, sebanyak 196 motorsikal membabitkan 207 penunggang diperiksa. 17 motorsikal telah disita kerana kesalahan mengubahsuai ekzos dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
“Pihak polis menahan semua motorsikal sehingga pemiliknya mengambil langkah bagi menjamin kesalahan itu tidak berulang lagi.”
Sejumlah 191 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang perasi yang berakhir jam 11 pagi. Sebanyak 32 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, ubah suai ekzos (17), motorsikal tidak ikut lorong (111) dan pelbagai kesalahan (31).
Operasi turut disertai anggota dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor diselaraskan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Deputy Superintendan Muhammad Zaki Ramat.
Pihak JPJ pula mengeluarkan 37 saman dan 30 notis hadir periksa, manakala JAS mengeluarkan 8 notis ke atas pemilik motorsikal yang didapati mengeluarkan bunyi melebihi bacaan yang telah ditetapkan.