POLIS CEKUP PASANGAN WARGA EROPAH
POLIS CEKUP PASANGAN WARGA EROPAH
PETALING JAYA: Polis menahan pasangan warga Eropah selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, dengan 2 gram ganja turut dirampas ketika serbuan dibuat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, kedua-dua suspek adalah seorang wanita warganegara Denmark berusia 35 tahun dan pasangannya, warganegara Perancis berusia 30 tahun, ditangkap tengah malam tadi di pangsapuri mereka di Segambut, Kuala Lumpur.
Free Malaysia Today difahamkan wanita terbabit adalah personaliti televisyen terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.
Menurut polis, ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis ganja, manakala suspek wanita negatif.
Lelaki itu direman selama empat hari hingga 23 Mac, sementara wanita terbabit direman selama sehari.