PMO NAFI MUHYIDDIN JALANI RAWATAN KANSER
PMO NAFI MUHYIDDIN JALANI RAWATAN KANSER
PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan bahawa perdana menteri Muhyiddin Yassin sedang menjalani rawatan akibat penyakit kanser.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri menyifatkan khabar angin itu berniat jahat.
“Khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami oleh beliau adalah tidak benar dan berniat jahat.
“Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar,” kata kenyataan itu, lapor MALAYSIAKINI.
Terdahulu tular di media sosial mengenai dakwaan anggota parlimen Pagoh itu sedang sakit akibat kanser dan menjalani rawatan di Singapura.
Beberapa media tempatan sebelum ini melaporkan spekulasi pelantikan timbalan perdana menteri dari kalangan pemimpin Umno, dengan antara nama yang dikaitkan ialah Hishammuddin Hussein dan Ismail Sabri Yaakob.