PM UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATUK WONG SAI WAN
PM UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATUK WONG SAI WAN
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan, awal pagi ini.
Perdana Menteri yang memuat naik ucapan takziah itu melalui Facebook turut mendoakan keluarga mendiang supaya tabah dalam berdepan saat sukar.
“Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga veteran media, Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan yang meninggal dunia awal pagi ini.
“Mendiang seorang mentor kepada ramai wartawan sama ada yang masih bertugas, mahupun sudah bersara dan amat dikenali dengan sifat baik serta merendah diri.
“Datuk Wong Sai Wan yang saya kenali sejak sekian lama adalah individu contoh kepada kewartawanan yang berkualiti. Pemergian mendiang akan amat dirindui,” katanya.
Sai Wan, 58, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada jam 5 pagi tadi.
Mendiang yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar dimasukkan ke pusat perubatan terbabit, selepas mengadu tidak sihat, lapor BH ONLINE.
Mendiang wartawan veteran yang memulakan kerjaya di akhbar The Star pada awal 1980-an.