Plaza tol Jambatan Pulau Pinang masih terkawal
Plaza tol Jambatan Pulau Pinang masih terkawal
GEORGE TOWN – Keadaan lalu lintas di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan Seberang Perai dan kawasan Pulau masih terkawal dan tidak menunjukkan kesesakan setakat jam 1.30 tengah hari tadi.
Namun, pada jam 12 sehingga 1 tengah hari, berlaku sedikit pertambahan jumlah kenderaan dari arah Pulau menghala ke Seberang Perai.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menjangkakan sebanyak 50 ribu sehari pertambahan jumlah kenderaan akan memasuki negeri ini sepanjang cuti perayaan Tahun Baru Cina.
Justeru, seramai 110 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan untuk mengawal lalulintas sepanjang musim perayaan tersebut.-SAHIH