PKR HORMAT PILIHAN RAKYAT SABAH
Berita Politik
HORMAT PILIHAN RAKYAT SABAH
KUALA LUMPUR: PKR menghormati keputusan dibuat rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, yang menyaksikan Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus tumbang.
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, beliau berharap proses pembentukan kerajaan negeri baharu dapat dilakukan dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan WARISAN Plus, khususnya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan WARISAN yang memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP (6) dan UPKO yang berjaya memperoleh Saturdays kerusi.
“Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew di atas kejayaan PKR Sabah mempertahan dua kerusi in charge and hangdimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Usaha baik juga dapat dilihat di DUN Sook yang menyaksikan peningkatan hampir dua kali ganda peratus undi buat PKR berbanding 2018,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anwar berkata, rakyat Sabah sudah memilih pada PRN walaupun negara kini berada di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Justeru, beliau berharap semua pihak termasuk pimpinan parti akur dengan arahan Kementerian Kesihatan berkaitan COVID-19 terutama membabitkan isu saringan dan kuarantin.
“Peningkatan mendadak kes terutama jangkitan dalam komuniti amat membimbangkan dan saya berdoa agar rakyat Malaysia sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan dan dilindungi dari wabak ini,” katanya.
Pada PRN Sabah semalam, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya memperoleh majoriti selepas meraih 38 daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.
WARISAN pula hanya memperoleh 23 kerusi DUN, DAP (6), PKR (2), UPKO (1) dan Bebas (3).