PKPD RUMAH BANJIR KUALA TEH JERANTUT, PAHANG
PKPD RUMAH BANJIR KUALA TEH JERANTUT, PAHANG
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang.
KKM melaporkan sebanyak lima (8) kes positif telah direkodkan hasil daripada 22 hasil ujian saringan bergejala dengan kadar positiviti 36.36%.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang bermula dari 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.
Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain, lapor KKM