PKPD DI 2 MUKIM DALAM DAERAH TEMERLOH
PKPD DI 2 MUKIM DALAM DAERAH TEMERLOH
TEMERLOH: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ekoran situasi Covid-19 di dua buah mukim dalam daerah Temerloh iaitu Mukim Perak dan Mukim Bangau semakin membimbangkan.
KKM melaporkan terdapat peningkatan ketara kes baharu dalam tempoh 10 hari iaitu sebanyak 180 kes positif telah direkodkan hasil ujian saringan ke atas 1,433 orang di kedua-dua mukim tersebut.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD itu bermula dari 28 Mei sehingga 10 Jun 2021.
Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua kawasan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti lain.
Antara kampung yang terlibat, Kampung Pamah Kaseh, Paya luas, Padang lalang, Seberang Temerloh, Paya Pulai dan Tanjung Batu
Manakala kampung lain yang terbabit, Bangau, Tanjung Besar, Gau Baru, Teluk Ira, Bangau Parit, Bukit Resak dan Bangau Tanjung.
Orang ramai perlu memberi kerjsama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak perlu keluar rumah tanpa sebab yang sangat penting dan sentiasa memakai pelitup muka.-SAHIH.