PKP DISAMBUNG HINGGA 18 FEBRUARI
PKP DISAMBUNG HINGGA 18 FEBRUARI
KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 5 hingga 18 Februari ini.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Sarawak bagaimanapun kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Prosedur operasi standard (SOP) mengenai lanjutan PKP ini akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kita akan teruskan PKP dengan SOP lebih ketat sebagai contoh perlu dihadkan orang ramai masuk ke pasar raya bagi mengelak perkumpulan besar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, lapor BH Online.
Beliau berkata, antara SOP lain termasuk mengekalkan larangan rentas negeri dan aktiviti sosial.