PILIHAN RAYA AS : KERTAS UNDI MASIH DIKIRA DI NEVADA
PILIHAN RAYA AS : KERTAS UNDI MASIH DIKIRA DI NEVADA
63,000 undi yang kami laporkan semalam ada dalam sistem.
WASHINGTON: Clark County di Nevada masih mengira 63,000 undi dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) setakat ini, kata Pendaftar Pilihan Raya, Joe Gloria.
Memetik dari Berita Harian “63,000 undi yang kami laporkan semalam ada dalam sistem. Sehingga kini masih dikira dan akan diumumkan nanti,” katanya dalam taklimat media, lapor agensi berita Sputnik.
Gloria menjelaskan kelewatan pengiraan itu disebabkan jumlah kertas undi lebih banyak berbanding sebelum ini.
“Mulai hari ini, kami akan mengumumkan dua kali sehari,” katanya.
Nevada mempunyai enam undi elektoral dalam pilihan raya AS.
Pilihan raya presiden AS menyaksikan persaingan sengit di antara penyandang dari Republikan, Donald Trump dan Joe Biden dari Demokrat.