FIKIR DULU 6 PERKARA SEBELUM BERI HUTANG
HUTANG WAJIB BAYAR
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmidzi disebut bahawa apabila manusia meninggal dunia, dia bebas untuk masuk syurga selagi mana tiada tiga perkara yang mengikatnya iaitu bongkak, hutang dan mencuri harta awam.
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Namun ada juga yang suka berhutang dan tidak mahu membayarnya sama ada sengaja ataupun tidak.
Tak bagi saudara sendiri. Namun bila dah bagi sukar untuk mendapatkan semula hutang tersebut.
Berikut SAHIH kongsikan tips sebelum beri pinjam duit dekat orang lain.
- Kenali individu tersebut hatta saudara sendiri atau kawan baik.
Kenal di sini bermaksud kita tahu attitude dia terhadap hutang. Kalau meminjam dengan orang, adakah dia cepat bayar balik, atau sebaliknya.
Tanya kawan-kawan lain yang pernah berurusan dengan dia.
Sekiranya dia memang jenis pinjam dan bayar balik hutang orang, maka boleh kita hulurkan duit untuk membantu.
Tetapi kalau kita tahu dia ni jenis liat membayar hutang, maka fikirkanlah idea yang sesuai untuk menolak permintaan tersebut.
- Berikan jumlah hutang yang sanggup kita hilang
Maksudnya duit tersebut kita tak kisah pun kalau dia tak bayar balik.
Sebagai contoh ada kawan kita nak pinjam RM3,000. Kita rasa jumlah tersebut agak tinggi juga sebab kita pun bukanlah pegawai yang bergaji tinggi. Maka, kita boleh cakap begini :
“Aku kalau RM 2,000 tu tak ada, tapi kalau setakat RM200 boleh la nak kasi pinjam.”
- Pertimbangkan tujuan mereka meminjam bagi tujuan kecemasan seperti sakit dan sebagainya.
Pastikan mereka tidak menipu.
Sebab ada yang datang nak pinjam duit sebab katanya anak sakit masuk hospital atau kereta rosak, tetapi bila dapat duit rupanya duit tersebut digunakan untuk masuk skim cepat kaya,berjoli,makan mewah dan sebagainya.
- Syarat bayar semula yang jelas
Memang kita beri pinjam secara tak formal, tapi kita perlu praktiskan macam mana bank buat.
Beri cadangan kepada si peminjam bagaimana hendak bayar balik semula.
Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen.
Kalau dia pinjam RM 3,000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua, walaupun dia cakap boleh bayar, tetapi janji tu hanya sekadar pada mulut.
“Bulan depan aku bayar balik, janji.”
Kalau betul alhamdulillah, kalau tidak, bergaduh pula.
Baik kita berikan cadangan begini :
“Aku boleh bagi pinjam RM 3,000, setiap bulan bayar balik RM250 selama setahun. Boleh?”
- Pastikan bertulis
Ini yang Islam anjurkan.
Ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran.
Allah menyuruh kita menulis jumlah hutang tersebut.
Bertulis.
Bukan sekadar ingat di kepala sahaja.
Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.
- Sediakan backup plan awal-awal.
Sekiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, sediakan backup plan.
Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar.
Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik.
Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.
Contohnya kalau kita ada kedai makan :
“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.
Fikir dulu ya…🤗