Pian Cecupak meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman, 52, meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul, pada jam 8 malam tadi.
Pelawak dan pengacara itu menghembuskan nafas terakhir dipercayai serangan jantung dan ditemui terbaring dalam bilik air oleh ibunya
Sebelum ini, Allahyarham Pian pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.
Malah Allahyarham kerap berdepan masalah semput dan sering menerima rawatan dan disahkan mengalami serangan jantung serta diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).
Berita pemergian anggota kumpulan lawak jenaka, Cecupak yang popular era 1990-an itu disahkan adik perempuan, Hassenah Abdul Rahman.
“Saya diberitahu, mak tersedar arwah sudah terbaring dalam bilik air pada jam 8 malam. Arwah memang duduk dengan mak, jenazah arwah sudah dibawa ke hospital,” katanya.-SAHIH.