PH CALONKAN IDRIS, NOR AZMAN DI MELAKA
PH CALONKAN IDRIS, NOR AZMAN DI MELAKA
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mencalonkan dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka selepas menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali.
Dalam sidang media hari ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengumumkan pakatan itu akan bertanding di kesemua 28 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 20 Nov ini.
Calon yang diumumkan itu termasuk dua bekas ahli Umno iaitu Idris Haron yang akan bertanding di Asahan manakala Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.
Penyandang kerusi Machap Jaya, Ginie Lim, yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, digugurkan.
Anwar juga berkata, bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari akan mengetuai PH dalam pilihan raya ini walaupun calon Ketua Menteri belum dimuktamadkan lagi.
Beliau turut mengesahkan Idris dan Nor Azman telah diterima sebagai ahli PH.
Sebelum ini, Anwar berkata PH akan mengambil dua daripadanya. Beliau tidak menyebut nama kedua-dua ADUN yang mungkin akan dipilih, tetapi berkata pada hari Isnin bahawa PH berada di peringkat akhir perbincangan dengan Idris dan Nor Azman mengenai “kemungkinan bergerak bawah sepanduknya”.
Dua lagi ialah Noor Effandi Ahmad dari Bersatu, dan Norhizam Hassan Baktee iaitu bekas wakil DAP yang kemudian melompat sebagai ADUN Bebas.
“Kami bertanding sebagai satu pasukan. Ini tidak berlaku dengan pihak yang berada dalam kerajaan, jika kita mahukan kestabilan politik, ia hanya boleh dilakukan oleh PH,” kata Anwar.
Calon PH adalah:
PKR
- Tanjung Bidara – Zainal Hassan
- Lendu – Mohamad Asri Ibrahim
- Rembia – Zamri Pakiri
- Machap Jaya – Law Bing Haw
- Asahan – Idris Haron
- Sungai Udang – Hasmorni Tamby
- Paya Rumput – Shamsul Iskandar Md Akin
- Klebang – Gue Teck
- Ayer Molek – Mohd Rafee Ibrahim
- Rim – Prasanth Kumar Brakasam
- Sungai Rambai – Farzana Hayani Mohd Nasir
DAP
- Gadek – Saminathan Ganesan
- Pengkalan Batu – Muhamad Danish Zainudin
- Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
- Kesidang – Allex Seah
- Kota Laksamana – Low Chee Leong
- Duyong – Damian Yeo
- Bandar Hilir – Leng Chau Yen
- Bemban – Tey Kok Kiew
Amanah
- Taboh Naning – Zairi Suboh
- Durian Tunggal – Mohd Sofi Abdul Wahab
- Pantai Kundor – Nor Azman Hassan
- Bukit Katil – Adly Zahari
- Serkam – Mohd Khomeini Kamal
- Merlimau – Azrin Abd Majid
- Ayer Limau – Maznah Baharuddin
- Kuala Linggi – Julasapiyah Kassim
- Telok Mas – Ashraf Mukhlis Minghat
Sumber – FMT