Konvoi RXZ ke Kuantan maut
Konvoi RXZ ke Kuantan maut
MARAN – Hasrat seorang pemilik motosikal Yamaha RXZ untuk menyertai program RXZ Fighter Gathering berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di KM 166.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah menghala ke Kuantan.
Dalam kemalangan pukul 10.55 pagi itu, mangsa, Muhammad Lokman Bin Abdul Aziz, 29, yang berasal dari Kuala Kangsar Perak meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Menurut rakan-rakan mangsa di tempat kejadian mendapati semasa kejadian mangsa bersama rakan-rakannya sebanyak 14 buah motosikal yang lain berkonvoi dari Kuala Kangsar menghala ke Kuantan dan mangsa di dalam konvoi adalah di kedudukan belakang sekali.
DSP Mohamad Zamri Mohamad Zaber – Ketua Polis Daerah Maran,berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke tapak himpunan di RXZ Fighter Gathering .
“Hasil siasatan awal dipercayai punca kemalangan adalah daripada kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal menyebabkan kemalangan jalanraya dan mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas kesebelah kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri.
Akibat dari kemalangan ini , mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian ,kes disiasat Sek 41 (1) APJ 1987
RXZ Fighter Gathering julung kali di buat di Kuantan pada 2- 3 mac 2024 mengumpulkan pemilik Yamaha RXZC seluruh negara .-SAHIH