PESERTA PAYUNG TERJUN MAUT TERJATUH
PESERTA PAYUNG TERJUN MAUT TERJATUH DI BANGUNAN KEMENTERIAN DI PUTRAJAYA
PUTRAJAYA: Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.
Dalam kejadian 5.35 petang itu Azuan Taharudin, 49, bersama tujuh lagi penerjun Pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang melakukan latihan terjunan tapak sempena Hari Wilayah 2021.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata ketika melakukan terjunan, mangsa dikatakan hilang kawalan terhadap payung terjun yang digunakan dan jatuh di sisi bangunan itu.
Beliau berkata latihan Terjun Tapak 2021 ini, dikelolakan pegawai PPj dan ia melibatkan pasukan penerjun dari pelbagai agensi termasuk agensi berkenaan.
“Bagaimanapun, pihak penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa termasuk polis ketika latihan diadakan,” katanya.