PESAWAT TEMPUR ISRAEL SERANG PENEMPATAN HAMAS
PESAWAT TEMPUR ISRAEL SERANG PENEMPATAN HAMAS
BAITULMAQDIS: Tentera Israel hari ini mengatakan pesawat tempurnya menyerang penempatan Hamas di Semenanjung Gaza, selepas penduduk Palestin menyasarkan roket ke negaranya.
Dua roket dipercayai ditembak dari Semenanjung Gaza menghala ke arah pantai berhampiran bandar selatan Ashdod, menurut kenyataan tentera.
GAMBAR IHSAN AGENSI
“Sebagai tindak balas pesawat pejuang menyasarkan tentera Hamas di Semenanjung Gaza, termasuk kawasan penggalian terowong,” katanya.
Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan daripada roket Palestin, menurut sumber yang memaklumkan roket mendarat di laut Mediterranean.
Sementara itu, sumber pasukan keselamatan Palestin di Gaza, berkata serangan Israel memusnahkan tanah pertanian di selatan wilayah Khan Yunis di semenanjung terbabit, mengakibatkan kemusnahan harta benda, namun tiada laporan kecederaan, lapor Agensi.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab bagi pelancaran roket dari Gaza yang diperintah Hamas.
Penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang dijajah Israel sedang mengadakan pilihan raya yang dijangka diadakan pada Mei dan Julai ini, pilihan raya pertama, selepas tempoh 15 tahun.