PESAWAT HAWK AKAN TERUS DIGUNA PAKAI
Pesawat Hawk akan terus diguna pakai.
MELAKA: Pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, keputusan sama ada untuk menggantung operasi pesawat itu bergantung kepada hasil siasatan Lembaga Siasatan Khas yang sudah ditubuhkan.
Menurutnya, selagi berfungsi dengan baik pesawat itu akan digunakan namun kerajaan tetap meneruskan perancangan untuk membeli pesawat baharu.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien/Menteri Pertahanan
Menurutnya lagi, perancangan untuk pesawat lain daripada dulu lagi keduanya dalam keadaan ekonomi kita hari ini kerana COVID-19 kita kena letakkan keutamaan supaya kita tentukan untuk guna peruntukan yang sedia ada.
Beliau berkata demikian pada sidang media di bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Klebang, Melaka pada Rabu.
Katanya, pembelian pesawat baharu mengambil masa untuk penghantaran dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai pengguna akhir akan menentukan keperluan penggunaan pesawat baharu.
Dalam kejadian pada 10.07 malam itu, seorang juruterbang maut manakala seorang cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.
Juruterbang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.
Sebelum kejadian, kedua-dua juruterbang berkenaan dikatakan sedang melakukan latihan penerbangan pada waktu malam.
– SAHIH