PESANAN SUARA LAMA TULAR CETUS PANIK MENJADI KENYATAAN
PESANAN SUARA LAMA TULAR CETUS PANIK MENJADI KENYATAAN
TEMERLOH: Penularan pesanan suara lama yang tular berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga buah taman perumahan di Temerloh sebelum ini yang mencetuskan panik telah menjadi kenyataan.
Tiga taman tersebut yang ditularkan dengan pesan suara yang lama iaitu Temerloh Jaya, Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur antara 14 buah lokaliti lain yang turut dikenakan PKPD.
Lain-lain lokaliti yang turut terbabit ialah, Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahgia Permai, Taman Bahgia Court, seluruh kampung padang Lalang dan Taman Perumahan Seri Kemuning.
PKPD turut dikenakan di Flat Seri Kemuning, Indah, seluruh Felda Lakum, Kampung Paya Keladan dan Taman Kelandan Indah di sini bermula pada 24 Julai sehingga 6 Ogos ini.
Jawatankuasa Komunikasi Koprat Masjid Taman Temerloh Jaya, Shaiful Afandi Ismail berkata, penularan suaranya berkaitan dengan PKPD pertama kali berlaku sebelum ini di kawasan tiga taman perumahan yang mencetuskan kekeliruan kepada penduduk di situ.
“Oleh kerana PKPD benar-benar berlaku di 14 buah lokaliti termasuk tiga taman yang ditularkan sebelum ini, maka saya tidak jadi membuat laporan polis,” katanya.-SAHIH