Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) ditambah sebanyak 8,670 unit lot
Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) ditambah sebanyak 8,670 unit lot
BERA – Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang ditambah baik dengan memperkenalkan inisiatif lot generasi FELDA Sebanyak 8,670 unit lot generasi FELDA telah dikenal pasti dan 770 unit telah pun dilaksanakan secara undian lot.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu tanda kerajaan sentiasa serius dalam menjaga kemaslahatan Keluarga Malaysia termasuklah warga FELDA dan ini dibuktikan dengan pelbagai inisiatif diumumkan saban tahun untuk meningkatkan taraf hidup peneroka Felda.
“Saya juga mengumumkan dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan kepada pinjaman-pinjaman perumahan dalam kalangan generasi baharu Felda.
“Di bawah skim ini, mereka tidak memerlukan sebarang cagaran bagi membuat pinjaman tertakluk sehingga dana ini habis dimanfaatkan,” katanya sempena Majlis Himpunan Keluarga Felda Teguh Bersama di Padang Awam Felda Mayam, Bera, hari ini.
Kata beliau, selain itu, projek PGBF yang terbengkalai akan disiapkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta dengan kos pembangunan berjumlah RM204 juta.
“Saya dimaklumkan projek perumahan ini akan dimulakan pada bulan Disember tahun ini dan dijangka siap untuk diduduki pada bulan Disember 2024.
“Kerajaan turut memberikan peluang kepada generasi baharu untuk melebarkan perniagaan mereka, saya telah mengumumkan penubuhan Tabung Usahawan Belia FELDA dengan dana pusingan RM10 juta,”katanya.
Ismail Sabri Berkata, sejumlah 23 permohonan telah diterima di peringkat Wilayah dan permohonan ini seterusnya akan dibawa ke peringkat ibu pejabat untuk kelulusan.
“Diharap pihak Felda menyegerakan proses ini bagi memastikan manfaat kepada generasi baharu dapat dioptimumkan.
“ Selain itu, Kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM2.6 bilion kepada tiga agensi di bawah Kementterian Pembagunan Luar Bandar (KPLB) iaitu FELDA, FELCRA dan RISDA. Keluarga Malaysia Felda yang saya kasihi,
“Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang diperkenalkan bagi meningkatkan serta mempelbagaikan pendapatan peneroka mula membuahkan hasil apabila 8,637 projek telah diluluskan dengan peruntukan RM237 juta,” tambahnya.
Katanya, di Parlimen Bera ini sahaja, sejumlah 184 projek telah diluluskan dengan peruntukan RM8.4 juta manakala di seluruh negara, projek-projek yang dilaksanakan telah berjaya memberikan purata pendapatan bulanan sebanyak RM444 kepada para peneroka terlibat. – SAHIH.