Pertumbuhan positif diramal IMF dan Bank Dunia
Pertumbuhan positif diramal IMF dan Bank Dunia
BERA – Kerajaan optimis ekonomi negara bakal pulih pada tahun hadapan selari dengan unjuran pertumbuhan positif yang diramal oleh Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan Bank Dunia bagi tahun 2022.
Menurut Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, sektor pelancongan merupakan sektor paling terkesan dengan kerugian 1.35 billion ringgit pada 2020, manakala tahun 2021 dianggarkan kerugian sebanyak 1.65 billion ringgit.
Ujarnya, selain sektor pelancongan, sektor peruncitan dan sektor SME juga antara sektor yang sangat terkesan ketika pandemik dan akan turut diberi keperhatian pada pembentangan belanjawan.
semua sektor yang terkesan akibat pandemik covid19 akan diberi tumpuan terutamanya sektor sektor seperti pelancongan peruncitan. Kita telah membuktikan selama ini sektor sektor ini memang amat terkesan sektor sme juga. Yang inilah perhatian yang akan diberi didalam belanjawan 2022″
SENATOR DATUK SERI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ/ MENTERI KEWANGAN
Tambah Tengku Zafrul lagi, ekonomi negara dijangka pulih pada tahun hadapan setelah banyak sektor ekonomi kembali dibuka.
Manakala KDNK negara pula dijangka akan bertambah baik pada 2022 menurut unjuran pihak IMF.
Kalau kita lihat malaysia pertumbuhan kdnk kita pada tahun ini diunjurkan antara 3 hingga 4 peratus sementara unjuran uang diumumkan oleh imf pada tahun 2022 5 hingga 6 peratus ini menunjukan ekonomi kita akan pulih dan bertambah baik pada tahun hadapan ini unjuran yang diberikan oleh indipendent lah”
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan kerja di perkampungan orang asli di Kampung Limbahan, Tasek Bera, di Bera Pahang.-SAHIH