PERTEMUAN VETERAN UMNO-PAS DALAM AGENDA PENYATUAN UMMAH
PERTEMUAN VETERAN UMNO-PAS DALAM AGENDA PENYATUAN UMMAH
KUANTAN: Buat julung kalinya perjumpaan melibatkan orang-orang lama dalam parti bersama Jawatankuasa Veteran UMNO dan As-Sabiqun PAS Negeri Pahang yang diadakan dengan agenda utama penyatuan ummah demi memberi kebaikan bersama
Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pertemuan itu merapatkan saf dalam kerajaan negeri yang memberi impak besar dan melancarkan perancangan pentadbiran negeri Pahang.
“Penyatuan ini juga terserlah dalam urusan pentadbiran kerajaan dan juga persidangan Dewan Negeri di mana sokongan daripada Ahli Dewan Negeri Barisan Nasional dan PAS mencapai 2/3 undi daripada 42 kerusi Dewan Negeri Pahang bagi meluluskan Rang Undang-Undang.
“Saya tetap dengan pendirian serta ber’istiqomah’ untuk mempertahankan Muafakat Nasional (MN) demi agama, bangsa dan tanahair,”katanya di Dewan MB, Jalan Teluk Sisek, Kuantan melalui FB beliau.
Katanya, negeri Pahang sentiasa berada di hadapan dalam penyatuan ummah ini dan terbukti dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Chini BN dan PAS menperoleh kejayaan yang cemerlang.