Persediaan PRU15? Agong ‘turun’ melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir
Persediaan PRU15? Agong ‘turun’ melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir
Sejak beberapa hari ini, dakwaan mengatakan Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan bertebaran di dada akhbar dan media sosial.
Terbaharu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana bagi membentangkan Bajet 2023 sekaligus membuatkan rakyat berandaian jika perjumpaan itu juga berkenaan pembubaran parlimen.
Memetik sumber Malaysia Kini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan diberi taklimat berhubung situasi banjir dan cuaca akhir tahun di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), hari ini.
Menurut pegawai Istana Negara, pihak istana meminta taklimat diberikan agar Agong dapat menilai persediaan agensi kerajaan untuk menangani musim banjir tak lama lagi.
Turut hadir dalam sesi itu adalah Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Untuk makluman, lawatan Agong ini di tengah desakan kepimpinan tertinggi Umno agar Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob segera membubarkan Parlimen, bagi memberi laluan kepada PRU15.
Sumber – Sengat Daily