Persatuan Haiwan mohon bantu cari penjenayah bunuh kucing
Persatuan Haiwan mohon bantu cari penjenayah bunuh kucing
JERANTUT – Persatuan Haiwan Malaysia mohon masyarakat bantu menjejaki penjenayah yang membunuh lebih 15 ekor anak kucing secara direndam hingga mati di Pasar Borong Jerantut, semalam.
Kejadian disedari semalam oleh seorang pengadu yang merupakan penduduk berdekatan dan diserahkan kepada Persatuan Haiwan Malaysia kira-kira jam 8.00 malam.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jerantut pada jam 6.00 petang, hari ini.
Persatuan itu turut menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungkai kezaliman pembunuhan dahsyat terhadap 15 anak kucing malang ini bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang.
Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga ditemui mati boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749.
Persatuan Haiwan Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat ini supaya dapat diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya.-SAHIH.
FB Persatuan Haiwan Malaysia