Perpaduan dan muhibah lambang keharmonian Deepavali Keluarga Malaysia
Perpaduan dan muhibah lambang keharmonian Deepavali Keluarga Malaysia
BENTONG – Kemeriahan Deepavali di Pahang disambut sederhana dalam suasana keluarga Malaysia dan pematuhan prosedur operasi standard.
Pelbagai kaum termasuk Melayu dan Cina menunjukkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dalam satu Keluarga Malaysia terus segar di Malaysia.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai berkata, sambutan Deepavali yang dihadiri masyarakat pelbagai kaum jelas menunjukkan
perpaduan kaum begitu semangat dengan keharmonian yang tinggi.
Datuk seri Wan Rosdy Wan Ismail- MENTERI BESAR PAHANG
Menurutnya ini semua menunjukkan bahawa perpaduan kaum sesama kita nampak bergitu segar sekali semangat muhibah bergitu tinggi dan hari dalam masa yang sama ada sedikit bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik jadi saya menyeru kepada semua rakyat pahang dan juga malaysia kita terus semarakan perpaduan kaum sesama kita dan semangat muhubah kerana perpaduan itu sangat penting kerharmonian dan kesejahteraan.
Beliau yang hadir pada majlis sambutan Deepavali di kediaman Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh di Bentong
Turut hadir, Pegawai Daerah, Datuk Mohd. Zulkifli Hashim; Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass; Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar.
Pada majlis itu Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Dalam pada itu Jasvir berkata, kehadiran Menteri Besar hari ini memberikan keceriaan kepada masyarakat pelbagai kaum yang hadir pada sambutan Deepavali.
Katanya, walaupun disambut dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat namun kemeriahan sambutan amat terasa dan memberi makna besar kepada rakyat.
Beliau amat berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kepimpinan polis serta semua yang memeriahkan sambutan pada tahun ini-SAHIH