PERODUA ALZA TERBABAS, SATU KELUARGA TERSELAMAT DI LIPIS
PERODUA ALZA TERBABAS, SATU KELUARGA TERSELAMAT DI LIPIS
LIPIS : Kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 18 Jalan Lipis – Benta berdekatan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Lipis, nyaris meragut nyawa lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak pada jam 4.08 pagi, hari ini.
Lima sekeluarga itu terselamat apabila kereta jenis Produa Alza terbabit terbabas ke kanan jalan lalu terbalik ketika jalan basah kerana hujan.
Ketua Polis Lipis, Suprintendan Azli Mohd. Noor berkata, polis trafik di sini menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 4.30 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian di KM 18 Jalan Lipis – Benta.
“Kemalangan ini berlaku ketika hujan apabila sebuah kereta itu yang dipandu oleh Abdul Walid dari datang dari arah Kelantan untuk pulang ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu terbalik.
“Bagaimana pun semua terselamat dan cuma pemandu mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kata Azli, mangsa yang juga pemandu kereta, Abdul Walid Ruslan, 30, cuma mengalami kecederaan ringan, manakala isterinya, Nurul Nabila Salleh, 28 dan tiga orang anak berusia antara antara 4 hingga 9 tahun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.
Menurut Azli, hasil pemeriksaan x-ray di hospital di sini mendapati semua mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang.
“Kenderaan yang terbabas itu menghalang lalu lintas sudah pun dialihkan selepas kerja mengeluarkan mangsa oleh anggota bomba dan penyelamat Lipis dan laluan pulih sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian,” katanya.-SAHIH.