PERKHIDMATAN GRAB DI KAMPUS UITM BANDAR JENGKA
PERKHIDMATAN GRAB DI KAMPUS UITM BANDAR JENGKA
MARAN: Perkhidmatan E-Hailing Grab di kalangan warga kampus Universiti Teknoloji Mara ( UiTM) Bandar Jengka, memberi perkhidmatan pengangkutan kira-kira 5,000 warga kampus dengan cekap dan berkesan tanpa mengabaikan tugas utama sebagai pelajar.
Rektornya, Prof. TS,Dr.Mohd Ilham Adenan berkata, perkhidmatan Grab kini menjadi satu keperluan semasa termasuk mahasiswa yang tinggal di dalam kampus, mereka tiada kenderaan sendiri untuk keluar ke bandar terdekat untuk pelbagai urusan.
“Kira-kira 5,000 warga kampus memerlukan perkhidmatan Grab yang lebih selamat, cekap dan menepati masa dalam memenuhi ketetapan waktu kuliah mahupun urusan keluar kampus.
“ Ketika mahasiswa pulang dari kampong, mereka tidak perlu lagi bimbang dengan ketiadaan perkhidmatan bas atau teksi, hanya melalui aplikasi telefon pintar pemandu Grab sedia memberi perkhidmatan, “ katanya.
Dr. Mohd Ilham berkata demikian selepas melancarkan Perkhidmatan E-Hailing Grab di Lobi Bangunan Pentadbiran UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, kelmarin.
Beliau berharap semua mahasiswa mengutamakan keselamatan terutama ketika menggunakan pengangkutan awam selain mahasiswa yang ` bekerja separuh masa` sebagai pemandu Grab dengan tidak mengabaikan pelajaran serta memenuhi kreteria yang diperlukan.
Pengurus Bandar Grab Wilayah Pantai Timur, Azraie Azhari memberi jaminan perkhidmatan Grab selamat dan cekap, syarikat itu adalah satu-satunya syarikat di Malaysia yang mengambil langkah menyeluruh dalam menyaring setiap pemandu sebelum mereka boleh memandu bersama Grab.
“Para pelanggan hanya perlu mengisikan infomasi dan lokasi tujuan ke dalam aplikasi telefon pintar, pelanggan tidak perlu untuk keluar mencari teksi dan hanya perlu menunggu di rumah untuk melakukan tempahan..
“Penumpang wanita mempunyai banyak pilihan memilih perkhidmatan Grab apabila semakin ramai pemandu wanita menceburi bidang itu dan sekali gus menghapuskan kebimbangan terhadap keselamatan atau risiko kejadian jenayah yang sering menghantui fikiran mereka,” katanya.