PERKESO & MAF jalin kerjasama bersama yayasan AIDS malaysia menerusi skim bantuan perubatan
PERKESO & MAF jalin kerjasama bersama yayasan aids malaysia menerusi skim bantuan perubatan
KUALA LUMPUR – Kerjasama antara MAF dan PERKESO yang telah terjalin lebih dari 3 tahun ini menunjukkan komitmen bersama dalam usaha mengekang wabak HIV melalui bantuan perubatan. PERKESO memberikan peluang kepada Orang Yang Hidup Dengan HIV, yang terbeban dengan kos rawatan peringkat kedua, untuk mendapatkan rawatan tanpa mengira usia, jantina, atau latar belakang mereka.
Hal ini dijelaskan oleh Ketua Bahagian Pencegahan & Perubatan PERKESO, Dr. Azlan Darus:
“PERKESO mengalu-alukan kerjasama dengan MAF dalam usaha memerangi wabak HIV. Diharapkan komitmen ini akan membantu mengurangkan jurang dalam akses rawatan, sekaligus meringankan beban kos rawatan peringkat kedua yang tinggi tanpa mengira usia, jantina, atau latar belakang.”
Usaha yang sama ditunjukkan oleh MAIWP dalam komitmen pemberian bantuan dana bagi kos rawatan peringkat kedua sejak 3 tahun lalu kepada umat Islam di Wilayah Perseketuan dan Putrajaya yang terkesan dengan HIV.
Turut menghadirkan diri ke Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan adalah rakan-rakan Red Ribbon Celebrity, wakil-wakil Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, rakan-rakan pelaksana Yayasan AIDS Malaysia dan benefisiari dari Rumah Solehah.