PERINTAH DARURAT DI TOKYO DITARIK SEMULA
PERINTAH DARURAT DI TOKYO DITARIK SEMULA
TOKYO: Keadaan darurat COVID-19 yang dikuatkuasakan di ibu negara Jepun, Tokyo berakhir hari ini.
Ia turut meliputi tiga wilayah jiran Tokyo iaitu Saitama, Chiba dan Kanagawa.
Semua restoran dan bar bagaimanapun masih diarahkan tutup sebelum 9.00 malam, manakala acara besar-besaran masih dilarang.
Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, berkata jumlah kes jangkitan COVID-19 sudah menurun lebih 80 peratus sejak Januari lalu.
Begitupun, sebilangan pakar prihatin kes jangkitan akan kembali meningkat.
Pengkritik pula menyifatkan langkah menarik balik keadaan darurat itu sebagai satu langkah simbolik memandangkan Sukan Olimpik Tokyo bakal diadakan dalam masa kurang lima bulan.
Semalam, pihak berkuasa Jepun mengumumkan Sukan Olimpik tidak akan dibuka kepada penonton luar negara.
Mereka yang sudah membeli tiket akan menerima bayaran balik, lapor Agensi.
Peraturan bagi penonton tempatan dan warga asing yang menetap di Jepun bagaimanapun masih belum ditetapkan.
Acara larian obor Olimpik selama 121 hari akan bermula pada Khamis ini.