Perikatan Nasional menang 3 kerusi DUN dan Parlimen Jerantut
Perikatan Nasional menang 3 kerusi DUN dan Parlimen Jerantut
Foto atas : dari kiri ke kanan – Pemenang DUN Damak, Zuridan Md Daud, DUN Tahan, Mohd Zakhwan, pemenang parlimen Jerantut, Ir Khairil NIzam dan DUN Pulau Tawar, Yohanis Ahmad.
JERANTUT – Parlimen Jerantut (P081) dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN) disambut dengan sujud syukur sejurus diumumkan menang pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-15, kali ini.
Keputusan PN menyapu bersih kerusi Parlimen Jerantut (P081) dan tiga kerusi diumumkan oleh Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh Khairun Nissa Aris, di Dewan Majlis Daerah Jerantut, awal pagi hari ini.
Kerusi Parlimen Jerantut dimenangi oleh Ir Khairil Nizam Khirudin (PN) mendapat 31,701 undi menewaskan Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (PH) mendapat 11,444 undi dan Datuk Zukarmi Abu Bakar (BN) menerima 23,609 undi. Khairil menang dengan majoriti 8,092 undi
Manakala, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PN) mendapat undi 8,777 undi dan menang dengan majoriti 2,014 mengekalkan kerusi DUN Tahan (N09) buat penggal kedua dengan menewaskan Mohd Abd Talib Mohd Tahar (PH) 724; dan Faezah Ishak (BN) dengan 6,763 undi.
Dengan majoriti 2,296, Zuridan Md Daud (PN) menang buat kali kedua dengan 10,883 undi, menewaskan Muhamad Fasal Jamlus (BN) dengan 6,655 undi; Mohamad Rafly Mohd Satar (PH)-8,587 dan calon Bebas, Izzuddin Ismail (82 undi).
Lebih mengejutkan keputusan PRU kali ini, di DUN Pulau Tawar (N11), calon BN, Datuk Nazri Ngah tewas dengan mendapat undi 9,499; kepada Yohanis Ahmad (PN) mendapat 12,986 undi dan menang dengan majoriti 3,487; manakala, Norani Muhd @ Mohd Arshad (PH) – 1,091; Mohd Rosidi Hassan (PEJUANG) – 50 undi dan Ridzuan Mansor (BEBAS)-544 undi.
Sementara itu, Yohanis Ahmad (PN) sangat berterima kasih kepada semua jentera parti serta pengundi DUN Pulau Tawar yang memilihnya.
“Saya akan menggalas tangungjawab dan amanah yang diberi, Insya Allah akan cuba menyelesaikan semua isu yang ada di DUN ini.
“Kemenangan dengan 4 kerusi termasuk Parlimen Jerantut menunjukkan pengudi di Jerantut sudah mula mahu satu perubahan di Pahang,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan menang malam tadi. -SAHIH.