PERHILITAN BERJAYA HALANG GAJAH MASUK KAWASAN LADANG DAN PENEMPATAN DI FELDA GELANGGI SATU DAN 3
PERHILITAN BERJAYA HALANG GAJAH MASUK KAWASAN LADANG DAN PENEMPATAN DI FELDA GELANGGI SATU DAN 3
JERANTUT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berjaya mengawal pergerakan sekawan 12 ekor gajah liar daripada menceroboh kawasan ladang sawit di Felda Gelanggi Satu dan Tiga daripada memusnahkan tanaman dan masuk ke kawasan kampung di situ.
Pengarah PERHILITAN Pahang, Rozidan Md. Yasin berkata, kumpulan gajah berterusan berada berdekatan dengan Felda Gelanggi 1,2, 3 dan Tekam Utara kerana kawasan itu adalah kawasan rayau haiwan itu.
Katanya, gajah-gajah itu bergerak dalam radius 25 kilometer sehingga ke kawasan Hutan Simpan Tekai, Kuala Tahan.
“Gajah-gajah ini berpecah mengikut kumpulan antara 5 hingga 12 ekor dan kadang-kala menjadi kumpulan besar sehingga 30 ekor yang menjadi komplik kepada penduduk setempat.
“Pihak kami telah mula menangkap 2 ekor gajah pada 8 Ogos, kemudian pada 10 Ogos sebanyak 2 ekor lagi,kesemuanya gajah yang ditangkap adalah betina,” katanya ketika ditemui di kawasan ladang sawit Felda Gelanggi 3, hari ini.
Katanya, semua gajah yang ditangkap akan dipindahkan ke Taman Negeri Terengganu pada hari ini dan esuk, namun, anggota PERHILTAN masih memantau keadaan setempat sejak dua minggu lalu.
Yang turut hadir memantau operasi tangkapan serta pemindahan, iaitu Ahli Mesyuarat Kerajaan Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.
Rozidan berkata, dua ekor gajah denak, iaitu Rambai dan Kasturi yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang digunakan untuk operasi penangkapan bermula sejak dua lalu.
Operasi pemindahan gajah liar berkenaan bermula pukul 9.30 pagi hari ini selesai tiga jam kemudian melibatkan seramai 18 orang anggota daripada Unit Tangkapan Gajah (UTG) PKGK, Kuala Gandah, Lanchang.-SAHIH.