PERDANA MENTERI BAHRAIN MENINGGAL DUNIA
PERDANA MENTERI BAHRAIN MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan ucapan takziah kepada Bahrain di atas kematian Perdana Menterinya, Putera Sheikh Khalifa Salman al Khalifa.
Perdana Menteri berkata demikian melalui satu hantaran yang dimuat naik melalui Facebook, sebentar tadi.
“Malaysia mengucapkan takziah kepada Bahrain atas kematian Putera Khalifa Salman al Khalifa. Kami bersama bersolidariti dengan Yang Mulia Raja Bahrain dan rakyat negara itu.
“Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah berhenti dalam usaha reformasinya yang membawa kemajuan dan kemakmuran bagi Bahrain. Semoga Allah yang maha kuasa menempatkan rohnya di antara orang yang soleh,” katanya.
Hari ini media melaporkan, Perdana Menteri Bahrain yang paling lama berkhidmat itu meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Al-Jazeera yang memetik Agensi Berita Bahrain melaporkan beliau meninggal dunia di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS).
Pemerintah Bahrain, Raja Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu dengan sepanjang tempoh itu, bendera akan dikibarkan separuh tiang.