PERANCIS BELASAH UKRAINE
Berita Sukan
PERANCIS BELASAH UKRAINE
PARIS: Juara dunia Perancis menewaskan Ukraine 7-1 dalam saingan persahabatan di Stade de France awal pagi tadi, dengan pemain muda, Eduardo Camavinga serta pemain veteran, Olivier Giroud turut menemui jaringan.
Pemain berusia 17 tahun, Camavinga meletakkan dirinya sebagai pemain termuda meledak gol buat Perancis dalam tempoh 100 tahun pada minit kesembilan.
Didier Deschamps menjadikan Giroud sebagai kapten dan sebagai balasan, penyerang Chelsea itu menjaringkan dua gol pada babak pertama menerusi sepakan lencong pada minit ke-24 dan tandukan 10 minit kemudian.
Jaringan sendiri pemain Ukraine, Vitaliy Mykolenko menjadikan kedudukan 4-0 pada babak pertama ketika skuad kendalian Andrey Shevchenko tampak semakin sukar.
Pada babak kedua, Kylian Mbappe turut mencetak jaringan pada minit ke-82 selepas masuk dari bangku simpanan.
Pemain Bayern Munich, Corentin Tolisso dan penyerang Barcelona, Antoine Griezmann juga turut mencipta nama selaku penjaring.
Dua gol jaringan Giroud menjadikan ia kedua tertinggi sepanjang zaman buat Perancis apabila dia menyamai dan kemudian mengatasi apa yang dilakukan Michel Platini.
Sumber: AFP