Penyerahan suratan hakmilik FELDA Lepar Utara perkukuh jaminan masa depan peneroka
Foto : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Peneroka FELDA Lepar Utara 1, 2 dan 4 serta Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu FELDA Lepar Utara 3 di SMK Lepar Utara, hari ini.
Penyerahan suratan hakmilik FELDA Lepar Utara perkukuh jaminan masa depan peneroka
JERANTUT – Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Peneroka FELDA Lepar Utara 1, 2 dan 4 serta Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu FELDA Lepar Utara 3, sekali gus menjadi detik bermakna buat komuniti peneroka setempat.
Penyerahan hak milik ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam menjaga kebajikan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), di samping memartabatkan hak peneroka dan memelihara legasi mereka untuk generasi seterusnya.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan kepada 128 penerima Generasi Baharu FELDA Lepar Utara 3 dari Pulau Tawar yang menerima suratan hakmilik STR, menandakan pengiktirafan rasmi terhadap pemilikan tanah dan memberi jaminan masa depan kepada keluarga peneroka.
Turut hadir, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Shahar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Seri Amizar Abu Adam, dan ,(Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ADUN Lantikan, Haris Salleh Hamzah. -SAHIH.
