Penutupan UNITEN Muadzam Shah perlu dikaji semula
Penutupan UNITEN Muadzam Shah perlu dikaji semula
KUANTAN : Kerajaan Pahang mahu cadangan penutupan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dikaji semula.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada hari ini menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju terhadap cadangan penutupan UNITEN, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin.
“Kerajaan Negeri akan mempertahankan supaya universiti yang ditubuhkan pada tahun 2001 ini terus beroperasi di Muadzam Shah.
“Penutupan pengoperasian UNITEN tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada rakyat terutama berkaitan kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat,” katanya hari ini.
Katanya, oleh itu beliau berharap agar cadangan untuk menutup universiti ini perlu dikaji semula demi kesejahteraan semua pihak. -SAHIH.