Penutupan Jalan Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang di Kuala Lipis
Penutupan Jalan Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang di Kuala Lipis
KUALA LIPIS – Beberapa jalan utama di sekitar bandar Kuala Lipis akan ditutup bermula 10 hingga 12 Oktober 2025 sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Dataran Orang Kaya Haji, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man, penutupan jalan berkenaan akan bermula seawal 6.15 pagi sehingga selesai acara bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang program yang turut melibatkan beberapa lokasi seperti Dewan Residen, Dataran Orang Kaya Haji, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford.
Antara jalan yang terlibat ialah:
- Jalan Lipis–Kechau (simpang lampu isyarat hadapan Hospital Lipis)
- Simpang TNB
- Simpang ke Forensik Hospital Lipis
- Bulatan hadapan IPD Lipis
- Bulatan Jalan Pusat Perniagaan Bukit Residen (KFC)
Orang ramai yang ingin menghadiri program tersebut digalakkan meletakkan kenderaan di kawasan parkir berhampiran seperti Pusat Perniagaan Bukit Residen (BS Freshmart), Hotel Lipis Plaza, Pusat Perniagaan Makmur (Al-Ikhsan), Central Point, Taman Awam Lipis, dan Bandar Lama Kuala Lipis.
Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan jalan alternatif Jalan Al-Sultan Abdullah (hadapan 8 RAMD) bagi mengelakkan kesesakan.-SAHIH.