Penunggang Motosikal digilis lori
Penunggang Motosikal digilis lori
KULIM: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori kecil dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling berhampiran simpang tiga di Kampung Bagan Sena di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang, mangsa, Muhammad Bazli Mohd. Arus berusia 25 tahun dari Gerik, Perak mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, Muhammad Bazli yang menunggang motosikal Yamaha 150Y berlanggar dengan sebuah lori jenis Daihatsu yang membawa muatan tanah dari arah yang sama.
“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mangsa dan lori terbabit yang membawa muatan tanah dari arah Sungai Karangan menghala Kampung Bangan Sena.
“Sampai di simpang tiga Kampung Bagan Sena, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun sedang membelok ke kanan, tiba-tiba mangsa yang datang dari arah sama telah memotong lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sazalee berkata, motosikal mangsa selepas itu melanggar bahagian tepi sebelah kanan lori berkenaan sebelum terjatuh di bawah lori terbabit.
Jelasnya, mangsa bersama motosikalnya di gilis oleh lori terbabit dan akibat daripada kemalangan itu motosikal mangsa remuk teruk di bahagian depan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan sementara
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” ujarnya.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.,lapor utusan online.
Gambar Media sosial