PENJADUALAN SEMULA OPERASI KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
PENJADUALAN SEMULA OPERASI KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
KUANTAN : Berikutan penularan satu kenyataan di media sosial berkaitan Pandai-pandailah buang sampah sendiri, lori sampah tidak bergerak selama 2 minggu.
Pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang mengesahkan berita yang ditularkan adalah tidak benar.
SWCorp Pahang ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi seluruh Daerah Kuantan yang dijalankan oleh Syarikat Konsesi, Alam Flora dijangkakan berlaku sedikit perubahan dari segi masa dan tarikh dalam tempoh lima sehingga 10 hari bermula dari tarikh kenyataan ini dikeluarkan.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang, Sharudin Hamid berkata, ini adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan Penularan Covid-19 dijalankan ke atas warga kerja dan petugas pembersihan di seluruh Daerah Kuantan.
“Langkah proaktif telah diambil oleh pihak Alam Flora Sdn Bhd dengan mengatur petugas pembersihan tambahan untuk mengambil alih kerja-kerja kutipan dan pembersihan awam sepanjang tempoh terlibat.
“Sehubungan dengan itu, SWCorp Pahang menasihatkan orang ramai untuk merujuk laman media sosial rasmi SWCorp Pahang di pautan untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat. Sebarang aduan boleh disalurkan dengan menghubungi Talian Aduan Sisa (1-800-88-7472),” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini .
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Katanya, beliau memohon kerjasama masyarakat untuk meneruskan amalan kebersihan dan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS).
“Sebarang kesulitan dan kekeliruan amatlah dikesali,” katanya.