PENIAGA BUNDLE KUMPUL DANA HANTAR JENAZAH BALIK SABAH
PENIAGA BUNDLE KUMPUL DANA HANTAR JENAZAH BALIK SABAH
KOREA : Seramai 12 peniaga bundle rakyat Malaysia di Korea bersatu hati membuat jualan amal secara langsung di laman media sosial Facebook untuk mengumpul dana menghantar pulang jenazah sahabat mereka yang meninggal dunia di Korea ke Tawau, Sabah, semalam.
Seorang rakyat Sabah yang tinggal di Korea, Idarmi Abd Kadil, 40, berkata, semuanya bermula apabila arwah Muhammad Khairul Anas Abd Gapal jatuh sakit dan perlu dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Kami terdiri daripada 12 peniaga bundle rakyat Malaysia di sini (Korea) membuat jualan amal di Facebook bagi mengumpul dana untuk menghantar jenazah balik, sebagai tanda pengorbanan dan setia kawan kepada yang memerlukan.
“Semua penjual bundle ini bersama menjual barang koleksi masing-masing , semua hasil jualan akan disalurkan sebagai dana pengurusan penghantaran jenazah kembali ke Sabah termasuk membayar kos menyimpan jenazah di rumah mayat di hospital di sini.
“Semoga dipermudahkan urusan dan akan dibalas dengan kebaikan dan pahala berpanjangan untuk yang membantu, lagi pun hari ini hari dia, kita tidak tahu kemudian pula hari kita,” katanya.
Individu yang ingin tampil menyalurkan sumbangan boleh disalurkan di akaun Idarmi di 1002-556-863449 (Woori Bank: Kod Bank 020) atau akaun bank tempatan, 160037269662 (Maybank) atas nama Nurkumala Laiman.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Idarmi di talian +82 10-4166-4517 (aplikasi WhatsApp).