PENGUSAHA PRODUK, NGO SEDIA MAKANAN MANGSA BANJIR
300 BUNGKUSAN MAKANAN DISEDIAKAN UNTUK TUJUH HARI SERTA BANTU BERSIH RUMAH
MARAN: Pengusaha sebuah pengeluar produk makanan kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyediakan makanan kepada mangsa pasca banjir serta turut membantu membersihkan rumah mereka yang terjejas di Maran
Pengusaha pengeluar produk itu, Zakiah Abdul Aziz berkata pihaknya bersama NGO Dapur Aktivitis Ummah menyediakan 300 bungkusan makanan untuk tengah hari dan petang selama tujuh hari.
“Kami terpanggil untuk membantu mangsa banjir dengan menyediakan makanan kerana terdapat warga emas, kanak-kanak dan bayi turut terlibat dan sukar untuk mula memasak tanpa kelengkapan dapur yang lengkap .
“Pihak kami bersama kumpulan sukarelawan turut membantu memberi bantuan membersihkan rumah mangsa yang terjejas kerana rumah mereka ditenggelami air sehingga bumbung baru-baru ini di sini,”katanya.
Katanya, makanan tengah hari dan malam yang disediakan itu diedarkan ke rumah mangsa pasca banjir yang terjejas di Taman Maran Jaya, Taman Sri Cheong, Ulu Luit dan Kuala Sentul.
Beliau turut mempelawa NGO dan orang ramai turut membantu mangsa pasca banjir kerana banyak kediaman yang ditenggelami air , pastinya mangsa dalam waktu yang sukar untuk memulakan kehidupan baharu.